Wednesday, 24 August 2011

Menjaga hubungan (artikel)

Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.
                                                                                                                                                                                                                Apa yang anda dan pasangan anda boleh buat ? 

1. Komunikasi


Asas “paling paling paling” penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhunbung dengan pasangan anda.. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.. Apa yang anda mampu lakukan.. seterusnya


2. Kenal & Kenal cara


Setiap ayat yang datang dari pasangan anda mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya.. Oleh itu kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham.. Adalah tidak salah jika anda bertanyakan semula untuk mendapatkan kepastian, seperti contoh di bawah


Adam : Rumah yang dihujung tuh..


Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke ?


Adam : Iye sayang ?


Melor : owwhh.. “I got it”


Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 universiti, salah faham pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya..


3. Hormat dan dihormati


Untuk mendapat hormat, anda hendaklah beri hormat dulu. Respek pasangan anda jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.


4. Tunjukkan kasih sayang


Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda.. Sering ada juga yang memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat” .. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkarang yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung.


5. Buat yang suka


Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan kalau pandai masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sedia kan buat dirinya.. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach”..  Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. 


6. Bergurau


Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile “..
Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda.. Kongsi bersama kawan-kawan supaya mereka lebih mengetahui cara terbaik bila dah hidup berpasangan..

Masa saya mencintai awak ...

Awak… kenapa sebelum nie awak baik sgt dgn saya..? awak care sgt pasal saya.. selalu call…. lepas tu awak selalu nak tau pasal saya…. bila saya tak sihat, awak mula lah risau……Tapi bila saya sudah bercinta dengan awak dalam dua bulan nie … awak dah tak mcm dulu lagi..Awak buat saya rasa awak dah tak sayang saya… awak jalan mendahului saya.. awak dah tak lihat mata saya.. saya amt rindui awak .. uhuhuhuh .. :'( 

Peringatan kepada semua ..

Ingatlah.. Janganlah kita terlalu EGO dan pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan orang yang paling berharga dalam hidup kita.. Jangan sampai kita kehilangannya sehingga kita menyesal tak berkesudahan.. Hargailah orang yang sayang pada kita, pasti kita bahagia kelak ..

Pilihan HatikU ... Hatiku Pilihannya


Pernah tak perkara ini terlintas di hati anda?? ” Aku sangat suka dia,tp dia suka aku tak?”.


Bagi seorang wanita, andai seorang jejaka yang diminati mendekati dirinya dan mengatakan ” Saya suka awak”. Pasti berbunga-bunga hati wanita itu kan..Bagi lelaki, berlainan pula gayanya.


Tapi, jika dia pilihan hati kita, adakah kita ini pilihan hatinya juga? Amat beruntung andainya pilihan hati kita itu juga merasakan kita juga adalah pilihan hatinya. Tapi yang pasti, di akhirnya kita mengharapkan “orang itu” adalah yang terbaik untuk diri kita. Mungkinkah….=)

Kenangan yang berlalu {puisi}


Malam yg sepi,
Jiwaku bagaikn terkunci,
Berlalunya detik yg pergi,
Bersama sekeping hati,


Cinta yg tersemai,
Menjadi debu debu suci,
Berterbangan menjadi saksi,
Berakhirnya ikatan yg murni,


Dirimu dan diriku,
Tidak mungkin akan bersatu,
Sedalam mana pun cinta ku,
Hanya harapan yang palsu,


Biarlah ku membawa hati yang pilu,
Hanya waktu penawar dukaku,
Yg terpahat kekal dihatiku,
Menjadi memori yg syahdu..

Di Mana Awak Sekarang ..

 Awak,maafkan saya.. Saya dah buat awak jatuh hati pada saya.. dan buat awak terlalu sayangkan saya..


Tapi KHILAFNYA saya.. Saya abaikan awak.. Saya buta untuk melihat ketulusan cinta awak.. Saya lukai awak.. Saya tipu awak.. Saya sibuk layan orang lain.. Sehinggakan awak menangis.. Argghh kejamnya saya… Saya tak pedulikan awak.. Saya selalu buat salah… Saya buat tak endah.. Saya tahu awak terluka tapi awak rela sedih asalkan saya bahagia..


Butanya hati saya sebab ta hargai awak.. Saya selalu layan awak truk sgt, tapi~ awak tetap sayag saya, saya malukn awak ,awak tetap sayang saya, saya curang, awak diam je, awak kata awak tak boleh marah saya.. Sebab awak ada saya seorang je.. Awak tetap sayang saya.


Tiba-tiba awak mesej saya..
(awak,saya akan pergi jauh,saya harap awak jaga diri,sy tetap sayag awk..)
Tapa pada satu hari tu..saya rasa sunyi je.. Mane awak pergi? Saya cari awak tau.. Call berkali-kali awak tak angkat.. SMS pun awak tak balas.. Kosong hidup saya tanpa awak.. Slalunya setiap pagi, setiap mlm, awak mesti mesej saya.. Saya rindu SMS awak (“good morning sayang,good nite dear“).. Tapi sekarang sudah tiada ada mesej awak ..


Sejak hari tu,saya tak dapat terima kenyataan.. yang awak dah pergi dari hidup saya untuk selama lamanya.. awak!! kembalilah! Saya nak cakap kat awak yang saya cintakan awak sgt !  Khilangan awak buat saya sedar yang saya sebnarnya sayangkan awak… saya menyesal sebab sia-siakan awak dulu.. Ini lah balasan saya kerna terlalu ego..

Awak di mana sekarang ?

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik .. (kisah benar)



  • Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.


Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya?

Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.

Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.

Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.
Cinta adalah anugerah dari Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah.


Ini ada lah kisah benar kerana diri aku sendiri pernah lalui .. :D